Monday, 26 December 2011

WaTaK BARBAROSA Pirate of Carribean aDaLaH SeoRanG PanGLiMa LauT UthMaNiYaH

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua kalian yang sudi berkunjung ke laman blog eLaKSaMaNa yang insyallah berinformasi ini. Adakah kalian pernah menonton filem box-office 'Pirates of The Carribean'. Tentu kalian ingat watak jahat 'Barbarossa' bukan? Sejak zaman pertengahan, aneka macam karya fiksyen Eropah dan Amerika biasa menggunakan nama Barbarossa untuk menamakan watak seorang penjahat (biasanya seorang lanun laut jahat).

THE BARBAROSA BROTHERS

Barbarossa Hayreddin Pasha

Pada abad ke-15 Masihi, di Laut Mediterranean ada dua pelaut bersaudara yang disebut The Barbarossa Brothers. Kedua-dua tokoh ini menjadi legenda dalam dunia lautan dan merupakan tokoh pelaut yang sangat ditakuti orang-orang Eropah pada zamannya.

Kebiasaannya ialah merampas barang-barang berharga yang dibawa oleh kapal-kapal milik kerajaan-kerajaan Eropah yang melintasi Laut Mediterranean. Awak kapal yang dirampas biasanya diberi dua pilihan; mati kerana melawan atau hidup dengan menyerah secara sukarela.

Siapakah sebenarnya Barbarossa yang sangat ditakuti oleh orang-orang Eropah selama berabad-abad itu? Mengapa hingga zaman sekarang nama itu terus menghantui benak dan fikiran mereka?

Barbarossa bukanlah sebuah nama. Barbarossa merupakan kata dalam bahasa Latin-gabungan dari kata barber (janggut) dan rossa (merah). Jadi Barbarrossa bererti janggut merah. Barbarossa merupakan julukan yang diberikan oleh para pelaut Eropah kepada adik-beradik Aruj dan Khairuddin dari Turki. Kedua-dua adik-beradik ini hanyalah pelaut-pelaut biasa yang rutin belayar di kawasan perairan Greece dan Turki.

Hayreddin Barbarossa atau Barbarossa Hayreddin Pasha juga dikenali sebagai Khizr@khindr Reis sebelum dinaikkan pangkat sebagai ‘Pasha’ atau Kapudan-i Derya. Beliau merupakan salah seorang Laksamana ataupun Panglima Perang Laut Empayar Uthmaniyah yang berjaya menguasai lautan Mediterranean selama beberapa dekad. Dilahirkan di sebuah pulau bernama Lesbos/Mytilini dan meninggal di Constantinople (Istanbul), ibukota empayar Uthmaniyah. Hayreddin merupakan nama khusus yang diberikan kepada Khizr oleh Sultan Suleiman iaitu khalifah Uthmaniyah sewaktu itu.

Khizr dilahirkan pada era 1470-an di sebuah pulau dikenali sebagai Midilli (Lesbos). Ayahnya bernama Yakup Ağa dan ibunya ialah Katerina. Ibunya merupakan bekas penganut kristian katholik Greek dari Mytilene manakala ayahnya Yakup berbangsa Turki dan pernah berkhidmat di dalam tentera empayar Uthmaniyah sewaktu pembukaan wilayah Lesbos oleh Uthmaniyah pada tahun 1462. Dan sebagai penghargaan atas jasanya dalam pembukaan Lesbos, khalifah mengurniakan sebidang tanah di perkampungn Bonova dan disitulah Yakup dan Katerina telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak perempuan dan 4 orang anak lelaki iaitu Ishak, Aruj, Khizr dan Ilyas. Yakup telah bekerja sebagai pembuat tembikar yang bermutu dan mempunyai beberapa buah kapal dagang untuk tujuan perdagangan tembikar. Yakup dibantu oleh keempat-empat anak lelakinya.

KARIER AWAL BARBAROSA BROTHERS

Aruj, abang sulung kepada Hayreddin Barbarossa

Kesemua empat beradik telah menjadi pedagang tembikar ayahnya dan begitu mahir mengenai ilmu pelayaran dan perdagangan antarabangsa. Abang sulung iaitu Aruj telah mula-mula berjinak dengan bidang pelayaran dan perdagangan dan seterusnya diikut oleh adiknya iaitu Ilyas. Selepas mempunyai kapal dagang sendiri, Khizr turut melibatkan diri dalam bidang perdagangan dan dunia maritime. Kesemua mereka bekerja begitu tekun sebagai pedagang sehinggalah akhirnya mereka memberontak melawan pasukan Knights of St. John dari kepulauan Rhodes. Aruj dan Ilyas berpengkalan di Levant, iaitu diantara wilayah Anatolia, Syria dan Mesir moden. Khizr pula beroperasi di laut Aegean dan banyak berlabuh di Thessaloniki. Ishak iaitu anak paling tua masih menetap di Mytilene dan berkhidmat mengurus kewangan perniagaan keluarga mereka.

Aruj merupakan seorang pedagang yang hebat. Dia mahir berbahasa Itali, Sepanyol, Perancis, Greek dan Arab seawal permulaan kariernya lagi. Sewaktu pulang dari ekspedisi pelayaran perdagangan dari Tripoli, Lebanon dengan adiknya Ilyas, mereka telah diserang oleh tentera laut Knights of St. John. Ilyas telah terbunuh dalam pertempuran manakala Aruj telah cedera teruk. Kapal mereka turut dirampas dan Aruj telah dijadikan tawanan perang dan dipenjara di sebuah istana Knights Bodrum selama 3 tahun sebelum dibebaskan oleh Khizr.

Istana Knights of St. John di Bodrum, lokasi Aruj & Ilyas
ditangkap oleh tentera salib kristian

Sejak daripada itu, mereka banyak melakukan serangan terhadap semua kapal-kapal tentera milik kerajaan-kerajaan Kristian. Aksi-aksi mereka sangat hebat sehingga mereka digeruni tentera Kristian, malah menyebut namanya sahaja sudah membuatkan para panglima perang kristian berfikir panjang. Aruj dan Khairuddin pun kemudian dikenali sebagai The Barbarossa Brothers Pirates kerana kedua-duanya berjanggut merah.

Kaum Eropah menyebut Barbarossa sebagai lanun laut, walaupun tidak ada bendera hitam dan tengkorak yang menjadi simbol lanun. Bendera yang dipasang Aruj dan Khairuddin di kapal mereka adalah sebuah bendera berwarna hijau mengandungi kaligrafi doa Nashrun minallaah wa fathun qariib wa basysyiril mu'miniin, wahai Muhammad Rasullullah, empat nama khulafa’ Ar-Rasyidin, pedang Zulfikar dan bintang segi enam Yahudi (Bintang David) kerana anak kapal yang dipimpin kedua bersaudara ini terdiri daripada orang-orang Islam dari bangsa Moor, Turki, dan Sepanyol, serta beberapa orang Yahudi.

Bendera yang dikibar oleh kapal Barbarosa Brothers

Pada tahun 1492 M, Andalusia yang sejak tahun 756 M dikuasai oleh Daulah Khilafah Islamiyah, jatuh ke tangan Pasukan Salib yang terdiri daripada pasukan gabungan Aragon dan Sepanyol. Dalam peristiwa penaklukan Andalusia ini, berjuta-juta orang Islam telah dibunuh kejam oleh pasukan yang dipimpin Raja Ferdinand II dari Aragon.

PERJUANGAN JIHAD BARBAROSA

Peristiwa itu mengubah haluan misi Aruj dan Khairuddin menjadi misi Jihad Islam. Berganding bahu bersama sekumpulan militan berbangsa Moor, mereka kemudian menyelamatkan puluhan ribu Umat Islam dari Sepanyol ke Afrika utara (Maghribi, Tunisia dan Algeria). Kemudian mereka membina pangkalan pertahanan laut di Algeria untuk menghalang gelombang serangan Pasukan Salib dari jalur Afrika Utara menuju Tanah Suci Palestin.

Sebuah gambaran kapal ‘Galey’ milik Barbarossa di Perancis sewaktu tahun 1543

Armada laut Empayar Uthmaniyah pimpinan Barbarossa
sewaktu berjaya membuka bandar Toulon pada 1543.

Khalifah Islam ketika itu, Sulaiman I, mendengar cerita-cerita kehebatan Barbarossa bersaudara. Sulaiman I sangat kagum pada keberanian mereka. Kerana prestasi mereka di lautan, akhirnya Sulaiman I mengangkat Aruj dan Khairuddin sebagai Kapudan Pasha (Panglima Tentera Laut) Khilafah Islamiyyah untuk memantapkan Tentera Laut Daulah Khilafah Islamiyah.

HASUTAN PIHAK SEPANYOL

Pihak kristian Sepanyol telah menabalkan Abu Zayan sebagai pemerintah baru wilayah Tlemcen dan Oran, dan telah mengarahkan Abu Zayan untuk menyerang Aruj dari darat. Namun Aruj telah berjaya mengesannya dan segera menyerang balas serta berjaya membunuh Abu Zayan sehingga berlakunya kejatuhan wilayah Tlemcen (1517). Satu-satunya waris dinasti Abu Zayan yang tinggal dan hidup ialah Sheikh Buhammud, yang telah berjaya melarikan diri ke Oran dan meminta bantuan dari Sepanyol.

Pada Mei 1518, Maharaja Sepanyol, Charles V telah tiba di wilayah Oran dan disambut dengan gilang-gemilang oleh Sheikh Buhammud penasihat Oran berbangsa sepanyol iaitu Diego de Córdoba. Charles V telah bersetuju memberikan bantuan kepada Buhammud dengan mengarahkan bantuan seramai 10 000 tentera Sepanyol dengan dibantu oleh ribuan pemberontak badwi untuk merampas kembali wilayah Tlemcen. Aruj dan Ishak telah mengambil keputusan untuk bertahan di dalam kota dengan kekuatan hanya 1500 tentera berbangsa Turki dan 5000 tentra berbangsa Moor. Mereka berjihad mempertahan wilayah Tlemcen selama hampir 20 hari, namun akhirnya syahid dalam peperangan tersebut.

Dengan gugurnya Aruj, kepimpinan Tentera Laut Daulah Khilafah Islamiyah beralih ke tangan Khairuddin. Sepanyol beranggapan bahawa era kejayaan Barbarossa di laut telah berakhir. Lalu, dengan yakinnya Sepanyol menghantar 20 000 tenteranya ke Algeria. Pertempuran hebat pun berlaku dan Khairuddin berjaya menewaskan pasukan laut tersebut.

SEJARAH DAN KEHEBATAN PASUKAN JANISSARY

Dengan meminimumkan ancaman dari negeri sekitar Algeria, selain ancaman utama Sepanyol, Khairuddin kemudian meminta kepada Khalifah Sulaiman I agar kuasa Amir Tunisia dan Tlemcen dialihkan kepadanya. Sulaiman I pun setuju. Pada 1519, Khalifah mengangkat Khairuddin sebagai beylerbey (Bakhlair Baik) atau wakil Khalifah untuk wilayah Algeria dan sekitarnya. Kemudian Khairuddin juga ditugaskan untuk memimpin pasukan tentera elit Daulah Khilafah Islamiyah, Pasukan Janissary.

Dalam masa kepimpinan Khairuddin, Pasukan Janissary berjaya melakukan banyak misi menyelamat umat Islam di Andalusia. Direkodkan mereka melakukan 7 kali pelayaran dengan 36 buah kapal untuk mengangkut Umat Islam Sepanyol yang diburu oleh Ferdinand II dan Pasukan salibnya.

Pertengahan dekad 1520-an, Pasukan Darat Janissary yang dipimpin oleh Khalifah Sulaiman I berjaya memenangi semua pertempuran darat. Pada masa yang sama, Pasukan Laut Janissary di bawah pimpinan Khairuddin juga berjaya mengawal lalu lintas pelayaran di Laut Tengah sepenuhnya. Keadaan ini membuat Pasukan Salib Kristian Eropah menjadi semakin gerun kepada kekuasaan tentera empayar Uthmaniyah.

KEGEMILANGAN KHAIRUDDIN DAN KEMATIAN BELIAU

Tahun 1538, Pasukan Salib Gabungan Itali-Sepanyol menyerang kota Preveza yang ketika itu merupakan pelabuhan penting di Laut Tengah. Andrea Doria memimpin 40 kapal dan Barbarossa hanya memimpin 20 kapal. Namun dengan kecerdikannya, Barbarossa memecah armadanya ke tiga arah dan memerangkap Pasukan Andrea Doria di tengah-tengah dan kemudian mengebom armada Andrea Doria habis-habisan.

Barbarossa Hayreddin Pasha berjaya mengalahkan tentera salib dibawah pimpinan
Charles V dan Andrea Doria sewaktu pertempuran di Preveza pada 1538.

Andrea Doria dan armada lautnya pun lari dari pertempuran. Walau begitu, Khairuddin tidak mengejarnya kerana dia tidak mahu berperang di laut lepas, mengingati kapal-kapal armada laut Sepanyol mempunyai peralatan yang lebih canggih. Apalagi ia hanya memimpin 20 kapal.

Tiga tahun kemudian, Pasukan Salib Gabungan Sepanyol-Genoa kembali menyerang Algeria dengan kekuatan 200 kapal. Mereka sengaja melancarkan serangan di luar musim pelayaran, untuk mengelakkan pertemuan dengan Pasukan Barbarossa. Rakyat Algeria di bawah pimpinan Hasan Agha berjuang sekuat tenaga untuk mempertahankan Algeria. Charles V dan Andrea Doria yang memimpin serangan tidak menjangka bahawa pertahanan dan strategi perang Hasan Agha sangat hebat sehingga mampu membuatkan armadanya kacau-bilau.

Ketika itu pula tiba-tiba badai laut dahsyat menghentam Laut Mediterranean. Andrea Doria dan Charles V berjaya selamat, dan kembali ke negerinya dengan kekalahan pahit.

Tahun 1565, di penghujung usia, Khairuddin Barbarossa memimpin pasukan untuk merebut Malta dari tangan Knight of St. John. Namun dalam pertempuran itu, Khairuddin gugur. Kemudian Khairuddin dimakamkan di Istanbul. Berhampiran kuburnya dibina sebuah masjid dan madrasah untuk mengenangnya. Hingga kini makam tersebut masih dijaga untuk menjadi bukti kepahlawanan Khairuddin atau dikenali sebagai Barbarossa yang namanya masih ditakuti bangsa Eropah hingga zaman sekarang.

Makam Hayreddin Barbarossa di daerah Beşiktaş dalam kota Istanbul moden.

Tugu peringatan ketokohan Hayreddin Barbarossa
berdekatan Muzium Maritim Istanbul di Bosphorus, Istanbul.

Sumber :
http://en.wikipedia.org/wiki/Hayreddin_Barbarossa
http://keretaburuk12.blogspot.com/2011/12/barbarosa-pirates-of-carribean-ialah.html

p/s : Terlalu banyak propaganda para yahudi zion dan barat untuk menunjukkan bahawa umat ISLAM adalah umat manusia yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan mundur. Sedangkan sewaktu barat masih di dalam zaman kegelapan akibat kongkongan gereja kristian yang menyeleweng, umat ISLAM telah lama maju malah barat banyak belajar dari ISLAM di timur.

No comments:

Post a Comment