Wednesday 30 November 2011

Cahaya Dalam Kegelapan Subuh

Carilah kekuatan di sebalik solat Subuh. Umat yang menjaga solat Subuh akan teguh. Sesungguhnya rahsia kekuatan ummah ada pada solat Subuh berjemaah!

Semasa keluar untuk solat Subuh berjemaah, Rasulullah telah berdoa: "Ya Allah, berikan cahaya pada hati, lidah, telinga dan mataku. Ya Allah, berilah kami cahaya."
(Riwayat Muslim)

Abu Hurairah r.a. berkata: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): 'Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang menimpa umat-umat terdahulu.' Sahabat bertanya: 'Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu? Nabi s.a.w. menjawab: 'penyakit-penyakit itu ialah terlalu banyak berseronok, terlalu bermewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu-menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut-menghasut sehingga terjadi zalim menzalimi."
(Riwayat al-Hakam)

Emm....Kalau kita konsisten mengerjakan solat Subuh berjemaah, kita dijanjikan akan mendapat cahaya di akhirat. Namun, sebelum itu,kita sudah mendapat cahaya dari dunia lagi.. Sebenarnya banyak fadhilat jika dapat solat Subuh berjemaah...tp berapa ramai yang bangun mengerjakan solat Subuh?banyak Subuh "GAJAH" kn...sama2 la kita renungkan..

Di sini ana nak kongsikan tips konsisten solat Subuh...
1 - Ikhlaskan niat hanya Allah s.w.t dan berikanlah hak-hakNya. Niat yang ikhlas akan mendorong kita    mengorbankan apa-apa kekangan yang menghalang seperti mengantuk, tilam dan bantal yang empuk, kesejukan yang menggigit dan sebagainya.
2 - Tanam tekad yang jitu, semangat juang yang tinggi dan muhasabahlah diri setiap hari.
3 - Bertaubat daripada dosa dan berniatlah untuk tidak mengulanginya kembali
4 - Memperbanyakkan berdoa
5 - Carilah kawan yang baik yang boleh sama-sama bangun awal dan solat Subuh.
6 - Latih diri untuk tidur mengikut sunnah Nabi s.a.w. seperti tidur awal agar mudah bangun awal, berwuduk sebelum tidur, tidur mengiring di atas rusuk kanan dan berdoa.
7 - Elakkan makan lewat malam
8 - Pasang penggera/Alarm clock
9 - Ajaklah orang lain bangun solat Subuh
10 - Cuba hayati keindahan waktu pagi

semoga tips ini dapat kita amallkan untuk kesejahteraan bangun pagi untuk solat Subuh.

JOM SOLAT SUBUH SECARA BERJEMAAH!!!

No comments:

Post a Comment